Sunday, July 25, 2010

Belajar dari Semut

A bug's Life
Dah cuba upload Video tapi tak berjaya juga...Tekan link di atas untuk menonton...

 
Apa yang dapat kita perhatikan daripada sedutan filem di atas? Siapa nak jawab? Tok Dalik nak bagi hadiah.... Hehe..Filem animasi memang seronok ditonton. A Bug's Life ini filem lama, tahun 1998. Ketika itu saya baru masuk 6 tahun. Kecil lagi waktu itu. Apa yang ingin saya tekankan ialah sikap rajin semut-semut memungut makanan walaupun pada hakikatnya dalam animasi ini mereka dipaksa bekerja oleh kumpulan Belalang yang malas bekerja. Abaikan kisah belalang, perhatikan kisah semut yang tekun bekerja. Begitu juga kita manusia yang bekerja untuk mencari sesuatu dalam hidup. Dalam kita bekerja, kita mencari kebenaran Ilahi.  Kita bekerja sebagai hamba-Nya.Tiap langkah kita seharusnya melambangkan keperibadian muslim yang sebenar. Dunia ini merupakan bukti kekuasaan-Nya yang perlu kita fahami dan terokai. Dalam kesibukan kita bekerja, adakalanya kita mengalami tekanan dan masalah yang memungkinkan kita kehilangan arah dan tujuan.Sepertimana kisah semut tadi yang mula panik dan cemas akibat terputus barisan dengan kawanan semut dihadapan. Mujur ada semut penunjuk yang mengawal keadaan. Dalam konteks kehidupan kita, kembalilah kepada Islam ketika kita kebuntuan dalam mengurus urusan harian. Sesungguhnya Dia sentiasa ada bersama kita. Mungkin kita yang sering terlupa atau melupakan-Nya. Petunjuk kita ialah al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yang dipesan Nabi Muhammad S.A.W. Pada kedua-duanya terkandung jawapan bagi persoalan dalam kehidupan kita. Bunyinya seperti mudah saja. Hakikatnya kita tidak akan memperoleh apa-apa kalau sekadar mengharap. Carilah kebenaran itu pada keduanya. Berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik berpandukan saranan agama. Kita teliti pula kisah bakal Permaisuri Semut yang kelihatan gelisah sepanjang masa dan kemudiannya ditenangkan oleh Permaisuri Semut dan Penasihatnya Ketika menjalankan tugas atau sesuatu pekerjaan, rujuklah kepakaran orang yang lebih berpengalaman dari kita. Kita mungkin agak cemas pada pengalaman pertama, sebab itu perlunya interaksi dan komunikasi sesama manusia untuk memastikan kelancaran sesuatu pekerjaan. Kemudian kita perhatikan pula aksi Puteri Semut yang cuba untuk terbang. Ini yang dinamakan aturan sesuatu dan keteraturan itu perlu dipatuhi untuk memastikan kesempurnaan pembangunan apa saja yang dirancang. Kalau keteraturan itu tidak dipatuhi, mungkin berlaku kecacatan pada pertengahan usaha yang boleh merosakkan keseluruhan objektif yang direncanakan. Samalah dalam apa jua perkara, sebagai contoh mana mungkin seorang lepasan Ijazah Pertama terus menjadi seorang Pengetua ketika memasuki alam pekerjaan. Walaupun kebarangkalian itu tetap ada bergantung kepada keadaan semasa dan kemahiran lain, keteraturan itu yang mencorakkan keseimbangan. Melalui keseimbangan itu lahirnya kesempurnaan dan kelancaran. Dalam situasi seterusnya,kita perhatikan seekor semut yang berbeza dengan yang lain. Pandangannya sukar diterima malah diperlekehkan. Situasi ini sering terjadi ketika kita cuba untuk mengubah suatu kebiasaan pada sesuatu kelompok masyarakat. Sebab itu perlunya kesabaran dan perancangan yang lahir dari prinsip keteraturan. Sebagai contoh, kita ingin membetulkan kesilapan pandangan sebahagian umat Islam terhadap beberapa isu seperti isu Qunut, Kenduri Arwah, Tarawikh, dan sebahagian lagi isu yang tidak wajar sekiranya dijadakan pusat perkelahian umat Islam. Kita tidak boleh terus membawa arus perubahan dengan menolak sekeras-kerasnya pandangan mereka walaupun pandangan tersebut tidak tepat. Gunakan peranan keteraturan, kesabaran dan merancang bagaimana ingin merubah kebiasaan yang salah. Peristiwa pengharaman Arak berperingkat. Penurunan al-Quran juga berperingkat. Prinsip merancang dan berfikir sebelum bertindak mesti ditimbal-balik sebelum mengorak setiap langkah.  Diakhir sedutan filem diatas, kita saksikan kekecohan koloni semut akibat kedatangan Belalang yang menuntut hak makanan mereka. Permaisuri cepat mengeluarkan arahan untuk segera masuk ke sarang. Itulah sebaik-baik peranan ketua dan anak buah. Dalam situasi tertentu, kita boleh saja untuk menyuarakan pendapat dan meminta pandangan ketua. Ketua yang baik mesti mengambil kira kepentingan semua anak buah dibawahnya. Begitu kita perhatikan bakal Permaisuri Semut memeriksa keadaan sebelum dia masuk ke sarang sebagai semut terakhir. Walaupun dia terlepas pandang seekor lagi semut, iaitu semut yang diperlekeh pandangannya sebentar tadi. Dalam kekecohan itu, semut yang panik tersebut telah bertindak mengabaikan apa saja yang dilaluannya dan terus menyerbu kedalam sarang tanpa menyedari hasil kutipan makanan jatuh ke dalam sungai. Akibat orang yang tergopoh-gapah, bukan saja menyusahkan diri sendiri tetapi orang lain juga. Sebab itu perlunya kita sentiasa menyediakan ruang untuk mengingati Tuhan walau apa keadaan sekalipun. Pasti dia akan menghulurkan pertolongan. Mungkin lewat, mungkin cepat, mungkin bukan didunia tapi diakhirat. Siapa tahu, hanya Dia Yang Maha Kuasa berhak menentukannya kerana dia Raja kepada segala Raja. Dialah Penguasa yang menguasai segala makhluk ciptaannya.Kita hanya makhluk yang kerdil lagi hina,perlukah kesombongan untuk tidak berdoa dan mengingatinya?

Saturday, July 24, 2010

Bila Magis Tok Dalik Celaru...

Macam-macam boleh berlaku kalau ada kuasa magik. Tapi, teknologi juga boleh tanpa perlu mengungkapkan mantera khurafat yang memuja Iblis dan Syaitan. Saja suka-suka membayangkan Tok Dalik sekiranya....





Tok Dalik menjadi Lanun...


Tok Dalik dan The Mad Hatter...ada persamaan genetik!



Tok Dalik nak menggatal...







Macam-macam...

Tragedi Ahad


Pagi Ahad…seperti yang dirancangkan…Rehlah ke Kuala Lumpur. Bertolak dengan Teksi ke KTM. Dari Shah Alam sampai KL Sentral tak sempat nak duduk pun dalam tren. Tapi hilang rasa lenguh sebab ralit berbual. Sampai di KL Sentral bermulalah tragedi….tiket dua hala yang dibeli tertelan dalam mesin… terpaksalah beli tiket baru untuk balik nanti…rugi RM2.50. Lari bajet Destinasi Bajet kalau macam ni…Sampai KL Sentral kena naik monorel pula nak ke Jalan Imbi. Kami bercadang nak ke Low Yatt Plaza sambil berjalan di Time Square. Sekali lagi malu…try dua tiga kali dekat mesin tiket monorel pula. Anak panah yang tunjuk direction kecil sangat! ( Nak juga salahkan benda lain..) Susah orang kampung masuk bandar…
Biar betul?
Kalau ada Laptop macam gambar atas ni, korang nak tak?
Sampai Jalan Imbi, kami pergi LY Plaza. Redha nak cari kamera, Bad dengan Nazri nak survey laptop. Jadi, saya, Amir dengan Fahmi ikut sambil tengok kawasan. Rasa macam ada dekat dunia Robot pun ada. Dari groundfloor sampai atas semua jual barangan elektronik. Hai, dunia…dunia… Tengah jalan-jalan ternampak tandas. Terkejut bukan main…seringgit sekali masuk! Orang KL mungkin dah biasa. Kami juga yang terlopong…sekali-sekala datang KL baru tahu kos hidup disini sangat tinggi…
Virus Selsema Komputer
Macam ni la Bro tu bersin....
Penat naik turun LY Plaza barulah jumpa kedai yang sesuai. Harganya pun murah sikit berbanding kedai-kedai lain. Bersungguh-sungguh betul bro tu explain. Kami tahu yang barang di kedai ini murah sebab mereka nak habiskan stok PC Fair yang lepas. Ditambah dengan promosi student package yang pelbagai. Bad dah tak peduli sekeliling, Komputer yang display game dah tak jadi display. Sibuk pula main game. Ketika Naz dengar explanation bro tu, saya perhati kawasan kedai yang sempit macam gobok tikus. Semua pekerja dikedai berkenaan selesema! Sekejap-sekejap mengelap tisu di hidung, kadang terbersin. Bahaya betul kalau macam ini gayanya! Silap hari bulan kena H1N1 pula! Sedang saya memerhati, ada bro yang rambut kuning terbersin sampai terkena dinding! Kuning! Tak senonoh betul! Virus..virus…Dia buat tak tahu sambil perlahan-perlahan mengelap dengan tisu.

Pembaziran Dunia
Memang begitulah hakikatnya manusia zaman ini. Sedang kami menunggu kelompok mencari kamera. Kami sengaja duduk depan kedai TV LG. Barangan TV LCD yang paling besar berharga hamper RM 13000.00 mencuri perhatian kami. Begitu ramai orang yang sanggup membazirkan wang untuk hiburan semata-mata. Bagaimanakah pelaburan di akhirat sana? Sudah cukupkah?
Pesona Konkrit
Memang menarik! Time Square dibangunkan sebagai binaan yang sangat besar. Boleh menampung begitu ramai pengunjung pada satu-satu masa. Saya sendiri terpesona melihat binaan ini yang mempunyai ketinggian sepuluh tingkat dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ramai juga pelancong disini, Khususnya pelancong dari Timur Tengah seperti Mesir dan negara-negara lain. Ketika tiba disini, masing-masing sudah kelaparan. Sebelum itu sempat juga saya menjengah The Borders yang menjual buku. Rupa-rupanya ada pesaing MPH disini. Patutlah tidak ada kedai MPH Bookstores. Buku LOTR yang dicari tidak dijumpai. Kami ke tingkat 10 untuk makan. Semuanya dikenakan cukai. Saya memilih kedai Cina Muslim disudut hujung. Gambaran pada menu nampak menarik jadi saya pun tergoda untuk membeli. Kecewa disaat menjamu selera kerana hasilnya tidak seperti yang digambarkan. Nasi Goreng Chicken Blackpepper yang berharga RM 8.20….Sungguh,tidak berbaloi makan disini. Air mineral 500ml pun berharga RM 2.00 sedangkan di tempat lain masih seringgit atau RM 1.20…Hari tersebut Hari Lahir Nazri rupanya.
Pelancong Mesir
Mayarakat Arab Badwi dari Mesir
Usai makan, kami bergerak ke surau. Sempat menjengah sekir Kosmoland. Taman Tema Hiburan yang mengasyikkan pengunjung. Sekadar bergambar saja sudah memadai. Lain kali saja ke sana. Surau yang sederhana besar itu padat dengan pengguna. Ramai pelancong dari Timur Tengah. Ketika hendak berwuduk, terdengar dua orang kana-kanak berbual dalam Bahasa Arab. Saya mengagak, ini pelancong Mesir. Tepat jangkaan saya. Ketika hendak solat ada seorang lelaki menyapa dalam Bahasa Inggeris, ‘Prayers Jama’ah, Zuhur?’ Saya mengangguk faham bicara lelaki Arab berkenaan. Dia nampak lega. Tiba Nazri disebelah saya, dia bertanya lagi soalan yang sama. Nazri kemudian bertanya,’Inta ‘Arabiyy? Min win?’ Jawabnya ‘ Misr. Saya tersenyum sendirian. Kami bersolat dengan diimamkan lelaki berkenaan dan diiqamah oleh Nazri. Selesai solat, kami bergilir menjaga barang bagi memberi peluang Redha dan lain-lain untuk bersolat. Kami perhatikan lelaki tadi masih belum keluar. Dia sibuk mengelap lantai surau yang basah. Makin ramai orang datang untuk bersolat.


Antara Bowling dan Ice Cream Yoghurt
Inilah dia Tutti Frutti Sang Pencekik Darah
Ramai yang memilih untuk bermain bowling. Saya tidak berminat dan lebih suka menonton saja. Ketika mereka bermain saya keluar berjalan disekitar. Ada banyak kedai figura disini. Teringin membeli namun teringat akan berhala yang dilarang dalam Islam. Sebab figura bukan bahan mainan, ia diletak sebagai suatu tontonan dalam almari yang boleh menjadi sarang Iblis. Barang permainan kanak-kanak itu suatu bahagian hukum lain pula. Saya nampak kedai Ice Cream.Tutti Frutti, nama yang agak komersial. Saya sengaja menjeling. Kemudian pekerja itu menyapa. Harganya RM 5+ setiap 100g. Boleh tambah topping seperti kacang dan lain-lain. Saya pun terus mengambil bekas dan mengisi ice cream yoghurt strawberi dan bluberi. Terlupa barangkali, 100g itu nilai yang sedikit. Setelah ditimbang, beratnya 290g+ ditambah dengan topping kacang, harganya RM 15.10! Terkejut bukan kepalang! Dalam kepala bayangan harga mungkin         RM 5 saja. Tersedar RM5 untuk 100g dan 100 g itu jumlah yang kecil dan sedikit saja. Oh, saya sudah terkena! Rasanya sedap tapi sedikit kelat dan pahit kerana ‘murah’ sangat harganya.

Buku Pirate
Novel yang sangat Best tapi agak tak logik...
Hari beransur petang. Langit sudah kian gelap menandakan hari yang nak hujan. Orang semakin ramai menanti monorel untuk ke KL Sentral. Alhamdulillah, dapat juga duduk. Tiba di Stesen Monorel KL Sentral saya lihat ada kedai kecil menjual buku berbahasa Inggeris. Saya sengaja ke sana. Terkejut bukan main.Murahnya harga buku-buku disini berbanding dengan The Borders sebentar tadi. Kebanyakannya novel-novel popular dan sedikit novel baru. Rata-rata berharha RM 18 setiap satu. Kompilasi Twilight sampai ke Breaking Dawn pun ada dan dijual RM 18 setiap satu. Fahamlah saya ini kedai buku cetak rompak! Lucunya sampai buku pun ada yang dicetak rompak.Mungkin kerana perbezaan harga yang ketara. Kalau Twlight original Paperback Edition mungkin sekitar RM 39.90 tapi di sini Cuma RM 18…Saya pun turut membeli The Time Traveller’s Wife oleh Audrey Niffenegger sebagai buah tangan.





Tren Rosak?
KTM yang suduh uzur tapi tetap di hati warga Malaysia
Habislah kali ini! Kami mendengar pengumuman ketika menanti Tren untuk ke Shah Alam bahawa terdapat sedikit masalah. Kalau terpaksa balik lambat ke kolej macam mana? Esok ada kelas pula! Pening kepala memikirkan akhirnya tiba juga tren setelah masalah diselesaikan…Berebut-rebut penumpang naik. Kali ini tak dapat duduk pula. Yang paling tak seronok sistem pendingin hawa rosak. Panas bukan main. Saya dah berpeluh tak berhenti-henti. Dalam hati dah bermacam-macam perkara terbayang. Kalau lemas tak cukup oksigen macam mana? Setiap stesen makin bertambah bukan makin berkurang. Memang sesak betul. Setelah kepenatan bertarung nyawa untuk bernafas dalam tren, kami tiba juga…
Nihayah al-Rehlah
Memang penat berjalan macam ini. Kami ambil teksi dan pulang ke kolej. Memang rehlah yang tak boleh dilupakan. Banyak kejadian yang berlaku dalam tempoh satu hari. Kalau ada peluang nak datang lagi ke? Menjadi ‘sardin’ dalam KTM….

Thursday, July 22, 2010

Syu li sawwait Usbuu' Qaadim....


Sepanjang minggu lalu...Disebabkan ketiadaan isu menarik, saya dedahkan jadual mingguan saya pada minggu lalu. Sudi-sudikanlah untuk menjenguk..
Hari Isnin dijadualkan ada Mid Term test untuk Subjek Computer Literacy. Entah macam mana ditangguhkan sampai 20 Julai pula…Kelas Biology yang  menarik  walaupun  saya agak mengantuk pada permulaan kelas, entahlah..Untuk satu subtopik biology, macam- macam soalan yang ditanyakan, Lipas kencing ke? – antara soalan yang lucu..   Ustaz Muammar tak dapat hadir kerana sibuk dengan urusan pengeditan di DBP. Bayaran untuk Sweater dan Baju INPRO MEP dikutip..kenapa pelajar lelaki kena tanggung kos untuk pelajar perempuan?
Selasa…Kelas Kimia seperti biasa..Kelas MEEL01, group saya terpilih sebagai group kedua namun nasib kurang baik…masalah soket elektrik…ditangguhkan sehingga Khamis. Kelas Tamadun…kemudian Fizik…agak sedih sebab dapat markah rendah dalam Mid Term Test-memang dah agak dah…Kenapalah blur waktu jawab soalan hari berkenaan ya?
Rabu..Subjek  Introduction to Islam and Medicine..tajuk Organ Transplant..Kemudian,  kelas Biology dengan Sir Ishak. Hari ini ada Quiz 3 untuk Topik Mitosis dan Meiosis. Boleh tahanlah soalannya..tapi rasanya ada berlaku kesilapan dalam soalan esei – kenapalah tak perasan waktu jawab..Sambungan Tamadun macam biasa…Ustaz Muammar tak dapat hadir lagi..Amir dah risau tak dapat nak bergelak tawa dalam kelas Ustaz lagi..Hmm..Petang itu sibuk buat slide untuk Kimia – Banyak yang blur lagi…Malam itu ada perjumpaaan dengan JPKCA. Ada pelantikan Jawatankuasa Kolej 4. Yang penting dapat ice cream percuma!
Khamis lalu..setelah berakhirnya penantian…tamat juga Role play untuk subjek MEEL01. Macam-macam gaya ada dalam Group MEJ 1 rupanya…Dari pesakit kepada doktor yang pelbagai ragamnya..Waktu sebegini barulah terang lagi bersuluh perangai pelajar-pelajar perempuan MEJ 1-Pecah tembelang pulak! Pelajar lelaki tetap steady dan cool..:P. Ada yang buat situasi bersalin, situasi syahdu drama Korea...macam-macam lagi yang menarik. Saya? Saya sendiri tak pasti bagaimana persembahan saya pada hari itu..Yang pentingnya, program sudah selesai dan lega! Tapi tetap tak boleh guna Projektor LCD! –Kecewa.
Subjek Kimia dah selesai..silibus dah habis…kena bertungkus lumus untuk Quiz 3 pula. Sir cakap result unutuk Quiz 1 dan Quiz 2 teruk sangat…Dah kecut dah dengar..Result untuk Mid Term tak tahu lagi macam mana…Malam Khamis sibuk study subjek Tamadun, hari Jumaat ada Exam..Study depan surau. Entah kenapa orang tak ramai malam itu. Pn Siti Khamsiah datang berbual dengan saya. Seronok juga besembang dengan Puan Siti..
Hari Jumaat. Kelas Fizik tamatkan Topik Wave. Tiba-tiba ada assignment pula. Kena buat Graph. Soalan sebijik macam soalan Add Math dulu…Dalam hati dah rimas..alamak macam mana nak buat? Alhamdulillah selesai juga! Akhirnya Ustaz Muammar datang juga..Seronoklah belajar bahasa Arab Ammiyah..Solat Jumaat di Seksyen 17 sebab ada test pukul 3. Test pun taklah susah sangat. Cuma soalan struktur saja saya kurang pasti dengan jawapan saya. Apa pun semua sudah selesai. Saya teringat due date untuk pulangkan buku Library hari ini. Tapi tertinggal di Kolej. Saya cepat-cepat balik dan solat. Kemudian terus menunggu bas dengan harapan bas ada. Namun, harapan tinggal harapan. Setelah menunggu hampir 40 minit bas tiada..Terpaksalah bayar denda hari Isnin nanti…
Ramai student yang balik minggu ini. Bilik saya tinggal saya seorang saja..Alahai, bosannya tak tahu nak buat apa! Pada hal banyak kerja tak siap lagi!
Hari Sabtu…malu betul..bangun lewat hari ini…sambung tidur balik…basuh baju…keluar pergi Ole-ole, Giant dan makan cendol depan CIMB, boleh tahan juga rasanya (tak umph sangat). Pusing Ole-ole jumpa kedai buku…terbelilah Novel tulisan Ruhani Matdarin..Pesona Sandora..Novel yang sangat menarik. Purely original! Balik menghadap netbook lagi…Sebelum keluar tadi jumpa Puan Siti Khamsiah, dia ajak pergi BBQ malam nanti dekat Blok 6 Akasia, Pukul 8 malam…Nak pergi ke tak?…Keputusannya, tak pergi. Malam itu pergi makan malam di Al-Awwal dengan Amir, Nazri, Bad dan Redha. Solat Isyak di Petronas. Macam-macam kalau dah boring. Jadi macam tak betul pula...

Hari Ahad special sikit. Kena cerita di post lain. Au revoir!

Musim akhir pengajian

Akhirnya, terbit juga sedikit masa untuk saya menulis di ruangan maya ini. Nampaknya tidak ada banyak isu menarik yang dapat saya coretkan. Entahlah, mungkin kurang sempat membaca akhbar-akhbar harian agaknya. Musim-musim akhir pengajian di INTEC nampaknya menjadikan para pelajar sedikit sibuk (ataupun hanya saya saja yang merasakannya?- akibat buat kerja last minute : P ). Ada banyak program yang menunggu masa untuk dilaksanakan….


INPRO bakal tiba dalam masa terdekat ini. Jawatankuasa sudah mula bertungkus lumus menyiapkan rencana perjuangan! MEP pasti boleh! BTN untuk pelajar MARA dan Pergigian JPA juga bakal tiba- saya juga terlibat…Alahai….

Pembentangan Projek secara individu untuk subjek MEEL01 (English) pun semakin hampir- gawat sungguh!- Projek Kimia masih menunggu giliran pada selepas BTN-Geram betul...dua kali buat preparation tapi tak jadi juga! Pembentangan untuk subjek Pengenalan kepada Islam dan Perubatan pun semuanya dalam masa terdekat ini. Oops…Projek Fizik yang masih tertangguh….kebingungan dalam dunia konsep Fizik…Assignments..Assignments..oh dimanakah diriku berada….

Ada lagi..Projek Final Subjek Bahasa Arab-Kena berlakon pula…skrip tak siap lagi…Nasib baik storyline dah siap…Legalah sikit….

Coretan diatas ialah akibat daripada perbuatan menangguhkan kerja…Sila abaikan sikap ini dalam kehidupan seharian anda.

Pesanan khidmat masyarakat dari Tok Dalik.