Pagi Ahad…seperti yang dirancangkan…Rehlah ke Kuala Lumpur. Bertolak dengan Teksi ke KTM. Dari Shah Alam sampai KL Sentral tak sempat nak duduk pun dalam tren. Tapi hilang rasa lenguh sebab ralit berbual. Sampai di KL Sentral bermulalah tragedi….tiket dua hala yang dibeli tertelan dalam mesin… terpaksalah beli tiket baru untuk balik nanti…rugi RM2.50. Lari bajet Destinasi Bajet kalau macam ni…Sampai KL Sentral kena naik monorel pula nak ke Jalan Imbi. Kami bercadang nak ke Low Yatt Plaza sambil berjalan di Time Square. Sekali lagi malu…try dua tiga kali dekat mesin tiket monorel pula. Anak panah yang tunjuk direction kecil sangat! ( Nak juga salahkan benda lain..) Susah orang kampung masuk bandar…
Biar betul?
Kalau ada Laptop macam gambar atas ni, korang nak tak? |
Sampai Jalan Imbi, kami pergi LY Plaza. Redha nak cari kamera, Bad dengan Nazri nak survey laptop. Jadi, saya, Amir dengan Fahmi ikut sambil tengok kawasan. Rasa macam ada dekat dunia Robot pun ada. Dari groundfloor sampai atas semua jual barangan elektronik. Hai, dunia…dunia… Tengah jalan-jalan ternampak tandas. Terkejut bukan main…seringgit sekali masuk! Orang KL mungkin dah biasa. Kami juga yang terlopong…sekali-sekala datang KL baru tahu kos hidup disini sangat tinggi…
Virus Selsema Komputer
Macam ni la Bro tu bersin.... |
Penat naik turun LY Plaza barulah jumpa kedai yang sesuai. Harganya pun murah sikit berbanding kedai-kedai lain. Bersungguh-sungguh betul bro tu explain. Kami tahu yang barang di kedai ini murah sebab mereka nak habiskan stok PC Fair yang lepas. Ditambah dengan promosi student package yang pelbagai. Bad dah tak peduli sekeliling, Komputer yang display game dah tak jadi display. Sibuk pula main game. Ketika Naz dengar explanation bro tu, saya perhati kawasan kedai yang sempit macam gobok tikus. Semua pekerja dikedai berkenaan selesema! Sekejap-sekejap mengelap tisu di hidung, kadang terbersin. Bahaya betul kalau macam ini gayanya! Silap hari bulan kena H1N1 pula! Sedang saya memerhati, ada bro yang rambut kuning terbersin sampai terkena dinding! Kuning! Tak senonoh betul! Virus..virus…Dia buat tak tahu sambil perlahan-perlahan mengelap dengan tisu.
Pembaziran Dunia
Memang begitulah hakikatnya manusia zaman ini. Sedang kami menunggu kelompok mencari kamera. Kami sengaja duduk depan kedai TV LG. Barangan TV LCD yang paling besar berharga hamper RM 13000.00 mencuri perhatian kami. Begitu ramai orang yang sanggup membazirkan wang untuk hiburan semata-mata. Bagaimanakah pelaburan di akhirat sana? Sudah cukupkah?
Pesona Konkrit
Memang menarik! Time Square dibangunkan sebagai binaan yang sangat besar. Boleh menampung begitu ramai pengunjung pada satu-satu masa. Saya sendiri terpesona melihat binaan ini yang mempunyai ketinggian sepuluh tingkat dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ramai juga pelancong disini, Khususnya pelancong dari Timur Tengah seperti Mesir dan negara-negara lain. Ketika tiba disini, masing-masing sudah kelaparan. Sebelum itu sempat juga saya menjengah The Borders yang menjual buku. Rupa-rupanya ada pesaing MPH disini. Patutlah tidak ada kedai MPH Bookstores. Buku LOTR yang dicari tidak dijumpai. Kami ke tingkat 10 untuk makan. Semuanya dikenakan cukai. Saya memilih kedai Cina Muslim disudut hujung. Gambaran pada menu nampak menarik jadi saya pun tergoda untuk membeli. Kecewa disaat menjamu selera kerana hasilnya tidak seperti yang digambarkan. Nasi Goreng Chicken Blackpepper yang berharga RM 8.20….Sungguh,tidak berbaloi makan disini. Air mineral 500ml pun berharga RM 2.00 sedangkan di tempat lain masih seringgit atau RM 1.20…Hari tersebut Hari Lahir Nazri rupanya.
Pelancong Mesir
Mayarakat Arab Badwi dari Mesir |
Usai makan, kami bergerak ke surau. Sempat menjengah sekir Kosmoland. Taman Tema Hiburan yang mengasyikkan pengunjung. Sekadar bergambar saja sudah memadai. Lain kali saja ke sana. Surau yang sederhana besar itu padat dengan pengguna. Ramai pelancong dari Timur Tengah. Ketika hendak berwuduk, terdengar dua orang kana-kanak berbual dalam Bahasa Arab. Saya mengagak, ini pelancong Mesir. Tepat jangkaan saya. Ketika hendak solat ada seorang lelaki menyapa dalam Bahasa Inggeris, ‘Prayers Jama’ah, Zuhur?’ Saya mengangguk faham bicara lelaki Arab berkenaan. Dia nampak lega. Tiba Nazri disebelah saya, dia bertanya lagi soalan yang sama. Nazri kemudian bertanya,’Inta ‘Arabiyy? Min win?’ Jawabnya ‘ Misr. Saya tersenyum sendirian. Kami bersolat dengan diimamkan lelaki berkenaan dan diiqamah oleh Nazri. Selesai solat, kami bergilir menjaga barang bagi memberi peluang Redha dan lain-lain untuk bersolat. Kami perhatikan lelaki tadi masih belum keluar. Dia sibuk mengelap lantai surau yang basah. Makin ramai orang datang untuk bersolat.
Antara Bowling dan Ice Cream Yoghurt
Inilah dia Tutti Frutti Sang Pencekik Darah |
Ramai yang memilih untuk bermain bowling. Saya tidak berminat dan lebih suka menonton saja. Ketika mereka bermain saya keluar berjalan disekitar. Ada banyak kedai figura disini. Teringin membeli namun teringat akan berhala yang dilarang dalam Islam. Sebab figura bukan bahan mainan, ia diletak sebagai suatu tontonan dalam almari yang boleh menjadi sarang Iblis. Barang permainan kanak-kanak itu suatu bahagian hukum lain pula. Saya nampak kedai Ice Cream.Tutti Frutti, nama yang agak komersial. Saya sengaja menjeling. Kemudian pekerja itu menyapa. Harganya RM 5+ setiap 100g. Boleh tambah topping seperti kacang dan lain-lain. Saya pun terus mengambil bekas dan mengisi ice cream yoghurt strawberi dan bluberi. Terlupa barangkali, 100g itu nilai yang sedikit. Setelah ditimbang, beratnya 290g+ ditambah dengan topping kacang, harganya RM 15.10! Terkejut bukan kepalang! Dalam kepala bayangan harga mungkin RM 5 saja. Tersedar RM5 untuk 100g dan 100 g itu jumlah yang kecil dan sedikit saja. Oh, saya sudah terkena! Rasanya sedap tapi sedikit kelat dan pahit kerana ‘murah’ sangat harganya.
Buku Pirate
Novel yang sangat Best tapi agak tak logik... |
Hari beransur petang. Langit sudah kian gelap menandakan hari yang nak hujan. Orang semakin ramai menanti monorel untuk ke KL Sentral. Alhamdulillah, dapat juga duduk. Tiba di Stesen Monorel KL Sentral saya lihat ada kedai kecil menjual buku berbahasa Inggeris. Saya sengaja ke sana. Terkejut bukan main.Murahnya harga buku-buku disini berbanding dengan The Borders sebentar tadi. Kebanyakannya novel-novel popular dan sedikit novel baru. Rata-rata berharha RM 18 setiap satu. Kompilasi Twilight sampai ke Breaking Dawn pun ada dan dijual RM 18 setiap satu. Fahamlah saya ini kedai buku cetak rompak! Lucunya sampai buku pun ada yang dicetak rompak.Mungkin kerana perbezaan harga yang ketara. Kalau Twlight original Paperback Edition mungkin sekitar RM 39.90 tapi di sini Cuma RM 18…Saya pun turut membeli The Time Traveller’s Wife oleh Audrey Niffenegger sebagai buah tangan.
Tren Rosak?
KTM yang suduh uzur tapi tetap di hati warga Malaysia |
Habislah kali ini! Kami mendengar pengumuman ketika menanti Tren untuk ke Shah Alam bahawa terdapat sedikit masalah. Kalau terpaksa balik lambat ke kolej macam mana? Esok ada kelas pula! Pening kepala memikirkan akhirnya tiba juga tren setelah masalah diselesaikan…Berebut-rebut penumpang naik. Kali ini tak dapat duduk pula. Yang paling tak seronok sistem pendingin hawa rosak. Panas bukan main. Saya dah berpeluh tak berhenti-henti. Dalam hati dah bermacam-macam perkara terbayang. Kalau lemas tak cukup oksigen macam mana? Setiap stesen makin bertambah bukan makin berkurang. Memang sesak betul. Setelah kepenatan bertarung nyawa untuk bernafas dalam tren, kami tiba juga…
Nihayah al-Rehlah
Memang penat berjalan macam ini. Kami ambil teksi dan pulang ke kolej. Memang rehlah yang tak boleh dilupakan. Banyak kejadian yang berlaku dalam tempoh satu hari. Kalau ada peluang nak datang lagi ke? Menjadi ‘sardin’ dalam KTM….
aq lek je?
ReplyDelete