Skip to main content

Posts

Featured

Hujan Mozart awal 1448H/2026 M

Hari ini hujan berjurai-jurai membasahi bumi Seri Iskandar. Sambil ditemani hingar merah jambu akustik hujan yang bersenandung, saya membuka laman blog ini.  Postingan terakhir ialah pada tahun 2011 yang lalu. Saya kira kemudian saya terlalu sibuk dengan alam pelajaran di Jordan. Seterusnya saya mula dihanyutkan dengan lambakan drama TV (dimuat turun secara haram! dan dikongsikan secara pindahan ke dalam cakera keras bersama rakan-rakan) yang ditonton saban hari sampai saya lupa mencatat dan menulis. Kemudian lagi masuk alam pekerjaan dan  meneruskan kehidupan yang rencam ini. Sesuai masa, penggunaan laman blog juga semakin kurang populariti kerana wujudnya media sosial yang lebih menarik dan mencandukan itu. Sejak ditimpa penyakit (syukur menghampiri 5 tahun remission), menghadapi kehilangan ahli keluarga (alfatihah ibuku), dan hampir sedekad bekerja saya dapati saya perlu menulis dan mencatat kembali. Kesemua pengalaman ini akan hilang setelah kepergian kita ke alam abadi. D...

Latest Posts

Hadam

Zikirlah!

Tukar-tukar!

Elves-Bunian-Saya-Anda

Hujan dan Ujian

Tulisan, Idea dan Gaya

Sebermula.....

Sejukkah kesejukan?

Ragam dunia~

Mengekalkan Kemandirian Hidup