Tuesday, June 22, 2010

SasteraDalik.....

Akhirnya tamat juga siri Kesaktian untuk edisi blog saya. Sebenarnya cerpen itu sudah lama disiapkan, saja nak keluarkan ikut siri, nampak macam drama bersiri! Hehe..


Saya dan dunia penulisan memang dekat sahaja. Bagaimana munculnya minat ini pun sukar untuk saya ceritakan, yang pastinya ada beberapa individu yang telah memperkenalkan saya dalam bidang ini. Terima kasih kepada insan-insan tersebut yang membawa saya ke bidang ini!

Kata orang tua-tua, orang yang ada bakat menulis ini, seolah-olah ada siput laut di tangan yang menggerakkan jari-jemari menghasilkan sebuah karya yang menarik dan indah! ( Boleh percaya ke?)Apa pun, saya tetap menganggap kata-kata itu sebagai kiasan saja. Semua orang punya kebolehan masing-masing yang istimewa.

Hakikatnya, minat saya untuk menulis bercambah dengan minat membaca. Minat membaca itu pula bermula ketika saya masih di SKSI. Tahun terakhir disana, 2004, tahun yang sama saya mengambil UPSR. Dalam kelas Bahasa Melayu, kami diwajibkan meminjam sejumlah buku untuk dibaca dan dijadikan catatan NILAM. Peluang ini saya gunakan untuk mencari novel-novel kanak-kanak dan awal remaja yang sesuai dengan minat saya. Ketika itu saya lebih berminat dengan karya berbahasa Melayu saja. Genre seram, pengembaraan, fantasi dan sejarah(khususnya legenda seperti Hikayat, Kisah Malim Deman dan sebagainya) tetap menjadi pilihan saya.

Meningkat usia ke 13 tahun, saya mula meminati karya berbahasa Inggeris. Karya Enid Blyton turut menjadi minat saya. Kisah peri dan makhluk alam Bunian garapan Blyton sungguh menarik. Semakin lama menatap karya Inggeris, saya mula mengenali sastera Klasik Inggeris. Dari Shakespear hinggalah kepada adik beradik Bronte. Saya banyak menelaah karya Inggeris oleh HG. Well, Defoe, Lewis Caroll, Charles Dickens, E.Nesbit dan banyak lagi karya klasik yang menarik. Seingat saya, hampir puluhan buku klasik Inggeris telah saya baca di penghujung 2006. Saya tidak meminati novel cinta Melayu mahupun Inggeris. Tetapi Wuthering Heights karya Bronte cukup sempurna untuk menawan hati saya! Kisah cinta yang tragis. Pada saya ianya lebih hebat berbanding Titanic dan Romeo & Juliet.

Karya Charles Dickens yang berjudul A Tale of Two Cities juga sangat menarik. Dengan watak sampingan Lady Vendetta yang saya ingat sehingga saat ini. Ianya digarap dengan sangat baik dan mengujakan! Ketika itu juga saya mula mengenal karya Tolkien yang sangat berharga The Lord of The Rings. Kisah dunia Middle-Earth yang sangat hebat. Sebuah karya Sastera Inggeris genre Fantasi yang Agung! Saya juga mula mengenal The Chronicles of Narnia oleh CS Lewis. Ianya agak menarik juga walaupun sarat dengan elemen Kristian yang melampau! Saya akan ceritakan tentang novel ini pada post yang lain pula.

Namun, saya tidak melupakan karya Melayu. Saya turut menelaah hikayat-hikayat Legenda Melayu yang sebenar. Bahasanya yang cukup memeningkan tetapi sangat halus dan puitis. Ada jampi mantera dan lagu gurindam yang sangat indah dan menarik minat saya untuk menukil pantun dan beberapa rangkai sajak. Saya sangat suka mendekati perpustakaan sekolah. Sekadar untuk meminjam buku dan membacanya saja. Saya tidak pernah menulis NILAM. Pernah sekali saya dimarahi guru kerana tidak menulis NILAM. Hakikatnya , saya memang malas menulis NILAM. Cukup sekadar saya membaca dan mengetahui jalan ceritanya saja sudah memuaskan hati saya.



Karya penulis Melayu seperti Faisal Tehrani dan Ramlee Awang Murshid sempat saya kenali ketika menjengah usia 15 tahun. Novel seperti Advencer Si Peniup Ney, Ketupat Cinta, Detektif Indigo, Saasatul Ibaad sangat segar dan tajam pemikiran. Kumpulan Novel Bagaikan Puteri ialah karya Ramlee kegemaran saya. Tapi saya kurang gemar membaca karya beliau kerana pengakhirannya tidak menyeronokkan saya. Itu hanya pandangan saya saja. Sebelum saya membaca karya moden ini, saya sempat menjengah karya pasca merdeka Negara kita. Novel karya Ishak Muhammad, Syed Othman Kelantan dan ramai lagi sasterwan Negara sangat indah dan meruntun jiwa. Pemikiran yang dibawa menggambarkan suasana negara ketika itu yang baru merdeka.



Meningkat usia lagi saya mula mengenali karya Dr Rahmat Haroun Hashim yang bijak menggabungkan dunia sains dan satera. Saya mula mengenali Nizam Zakaria lewat karyanya yang berjudul Susuk, Seri Tertangguh dan Awang Vampiro. Ada sesuatu yang mencurigakan tentang karya beliau. Mungkin lain kali saja saya ceritakan. Karya Ilani Mysara berjudul Kuseru Namamu sangat mempesonakan. Kisah Sang Dewi Seri Wali yang menghapus sumpah keturunannya sungguh hebat! Sekarang saya kembali menatap karya Inggeris seperti Inheritance Cycle karya Christopher Paolini dan His Dark Materials Trilogy karya Philip Pullman yang saya sifatkan cukup ateis dalam pemahaman keagamaan! Saya juga sedang berusaha mendapatkan naskhah The Silmarillion dan The Hobbit yang merupakan kisah cebisan The Lord of The Rings yang menjadi kegilaan saya!



Novel-novel yang saya baca inilah yang banyak mempengaruhi karya saya. Saya berharap agar saya dapat terus berkarya dalam bidang penulisan mengikut genre yang saya minati!







Jangan jadi macam gambar hiasan di atas sudahlah!

Friday, June 11, 2010

Emm....Sedapnya!!

Sepanjang saya menuntut di INTEC, setiap kelas yang saya hadiri pasti mempunyai ciri yang berbeza daripada sebelumnya. Suasananya sentiasa berubah menyebabkan kami seronok untuk datang ke kelas. Ada saja cerita-cerita hangat, jenaka, kisah lucu yang dikongsikan bersama oleh para pensyarah dengan kami. Kadang-kadang lucunya kami ketawa sampai tak kering gusi! Maklumlah, pensyarah di sini semuanya hebat-hebat belaka!

Pensyarah yang mengajar subjek Bahasa Arab Jordan kelas saya ialah Ustaz Muammar Gaddafi yang dijemput khas dari UKM. Ustaz Muammar ini memang hebat dalam penguasaan Bahasa Arab serta berpengalaman menjadi penterjemah yang hebat (mengikut apa yang diceritakan), walaupun beliau sedang menyambung ijazah dalam PhD dalam bidang Pengajian Melayu. Pelik bukan, tapi itulah kenyataannya, katanya "...saya tidak setia pada sesuatu bidang..."Apa pun kelas Bahasa Arab memang seronok



Pada kelas yang lepas, kami telah mempelajari tentang makanan masyarakat Arab. Khususnya masyarakat arab Jordan. Alamak, semua orang ternganga meklihat video minsaf, salah satu masakan tradisi masyrakat Arab. Dengan kepala kambing yang ternganga disumbat dengan na'na'(pudina), kemudian diletakkan ditengah nasi talam, dituang pula susu masam. Kecur liur kami sekelas. Sudahlah kelas waktu tengahari, laparnya!
                                                                                                   


Belum lagi video nasi maqlubah (sebutan Maglubah) yang sangat kaya dengan rempah ratus, daging kambing yang...(tak tahu nak gambarkan kesedapannya, sebab tak pernah rasa!) Yang istimewanya ialah cara nasi ini dimasak dengan meletakkan daging kambing dibawah dan beras diatasnya kemudian ditabur rempah ratus yang pelbagai. Setelah masak, periuk akan ditelangkupkan keatas pinggan ( sebab itu namanya maqlubah- diterbalikkan dari kedudukan asal) Sedapnya! Tak sabar nak rasa!

Makanan lain termasuk Qatayief, Kinafah, Syawarma(Roti pita), Kebab, Roti arab yang istimewa, Syugaff. Alahai sedapnya!Minuman pula menarik juga. Teh yang dihidang dengan na'na'(pudina), muz bilaban( jus pisang dengan susu) Yang paling istimewa tentulah Kopi Arab, mengikut gambaran ustaz, sekali minum terasa bagai berada di syurga! Kalau kita ziarah rumah arab dan meminta kopi, merekan hanya memberikan sedikit saja sebagai menunjukkan tanda hormat kepada tetamu. Fahamlah kita bahawa kopi arab ini sangat berharga dan mahal!





Habis kelas saja, saya terus balik dan cepat-cepat ke kedai mamak...hehe lapar! Nasi Beriani dan ayam seketul, RM 5.50. Tak apalah, dah lapar sangat kan...Sampai dibilik, saya tambah lagi mayonis. Sedapnya!!

Tuesday, June 8, 2010

Suatu Ketika....

Tengah sibuk mengulangkaji( walaupun tidaklah sesibuk mana) Saya tiba-tiba teringatkan betapa manisnya kehidupan di sekolah( asrama khususnya) dahulu…Baru sahaja beberapa bulan meninggalkan sekolah dan persekitarannya yang telah mencorakkan saya menjadi seorang saya sekarang ini.




Masih segar lagi diingatan saya bagaimana ketika saya mula-mula menjejakkan kaki dibumi SBPIKP, bermacam perasaan yang terbayang di minda saya, akhirnya saya berjaya untuk mencintai sekolah yang istimewa ini! Indahnya dunia persekolahan…



Ahli dorm saya yang saya sentiasa mengingati kalian, Zaki, Safuan, Rihaz serta Rashidi yang menumpang di situ. Kalian warga L1U5(2009) yang tak mungkin saya lupakan selamanya. Lebih-lebih lagi ketika hampir tibanya SPM, kalianlah yang telah menceriakan saya dengan pelbagai ragam masing-masing. Terkenang lah sudah….Warga L2U5(2008) semuanya masih berada di L1U5 pada 2009 kecuali Nadzrin, saya tetap terkenangkan kalian,



Zaki dengan lagu-lagu yang masih saat ini saya terus mendengarnya, Francisca Peter, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Sudirman dan bermacam lagi. (ketika menulis ini saya masih mendengarnya) Terasa seolah kembali pada saat itu, kegembiraan yang sukar untuk digambarkan, melayang-layang dicelah keserabutan minda, alangkah seronoknya bersekolah! Dulu-dulu waktu petang selalunya dihiasi dengan radio ciptaan sendiri begini, walaupun kadang-kadang ada yang sumbang( saya dan Rashidi) ketika itu memang seronok!



Rihaz yang tak boleh dilupakan, ketua kelas yang berkaliber! Walaupun tak kelihatan dimalam hari, dengkuran lima bintang yang pernah menjadi peneman tidur saya ketika dahulu sudah tidak kedengaran lagi. Kadang terasa ingin mendengarnya pula!( Rihaz jangan marah ya!)



Rashidi yang telah memudahkan saya dalam urusan perpustakaan dan lainnya. Walaupun terdapat sedikit masalah, akhirnya berjaya diselesaikan jua,Safuan yang dengan kerenahnya yang tersendiri walaupun tidak selalu berada di dorm, Antum semua memang nombor satu!



Susah nak mendapat kembali suasana itu disini, semua orang sibuk dengan kerja masing-masing. Kadang rakan sebilik pun jarang bertegur sapa kerana mungkin sibuk atau sering tiada di bilik. Hai, kata Zaiton Sameon dalam lagunya Menaruh Harapan, kuyakin rahmat buatku dihadapan menunggu…

Saya juga yakin rahmat Tuhan pasti dilimpahi keatas kita semua. Sesungguhnya tiap perpisahan itu merupakan permulaan satu pertemuan baru, :-D

Saya titipkan sekali lirik lagu yang penuh memorabilia ini...



Sekadar di pinggiran-Francisca Peter

Tiada guna kau berpatah arah

Jika niatmu meyambung kasih

Apalah ertinya disebalik

Tangisan atau rintihan



Untuk apa kau kembali lagi

Sekadar hanya untuk menyakiti

Cukuplah sudah di sini saja

Biar aku pendam duka



Hati sedih, hati pedih

Mengenangkan keindahan

Bersamamu...



Tidak kusampai

Ke puncak sana

Apalah daya

Ku bertahan cuma

Di pinggiran

Yang memilukan...



Jauh sekali di sudut hati

Menyimpan dendam yang amat mendalam

Akan kusahut namamu oh! sayang

Sewaktu ku kesunyian...



Anggapanmu-Ziana Zain

(Asmin Mudin/Asmin Mudin)

Verse 1:

Sekebun cinta nan berbunga

Teguh berdiri nan berduri

Aku yang asli di dalam mekar

Bila terbit mentari

Menguntumlah

Verse 2:

Sejambang cinta nan berbunga

Megah berdiri nan tiada

Mekar yang kukuh

Bau dan kaku

Itulah pilihanku

Aku di taman hanya perhiasan

Mata ungu..

Chorus :

Hanya mampu ku melihat

Kecurangan warna bunga

Idamanmu berbaja tiada

Sedang aku anggapanmu

Menyusahkan untuk meraih impian

Terlontar ku di halaman

Pemusnah ku adalah kumbang

Runtuh bila ku kelayuan

Impianmu hanyalah masa

Untuk menikmati segala

Belum pasti dirimu bahgia

Verse 3 :

Walaupun aku dipersia

Dari kaca perhiasanmu

Kanku mengorak kuntuman bunga

Seluruh taman ini

Moga matamu bila kejauhan

Terserlahlah

(Terserlahlah X 3)

Ada lagi lagu-lagu lain, tapi ini saja yang sempat di cari, berseronoklah!


 

Alahai Kecilnya Dunia

Kecilnya dunia….pusinglah ke mana-mana pun, anda akan berjumpa juga dengan orang yang pernah anda kenal. Betul kan?
Alahai, nak bercerita ke tidak? Tak apalah, saya teruskan juga. Sebenarnya tak tahu nak mula di mana ni. Pening!! Tapi memang hakikat yang dunia kita sememangnya kecil sahaja…:D

Sewaktu mula-mula masuk ke SBPI Kubang Pasu, saya tak tahu pun ada orang yang pernah mengenali saya disana. Setelah diberitahu oleh ibu saya, tahulah saya bahawa saya pernah kenal dengan ‘Ainuddin sebelum ini. Itu semua cerita lama, kami dibesarkan bersama ketika masih kecil. Patutlah saya tak pernah ingat pun…Itu bukti dunia kita ini kecil saja.
Bercerita pula di INTEC, tanpa disangka-sangka saya telah bertemu semula dengan rakan lama ketika bersekolah di Kota Damansara dulu. Ernisha , dia dah banyak berubah!(memanglah dekat 10 tahun tak jumpa, takkanlah sama juga!) Alhamdulillah, dia dah pakai tudung pun, ketika sekolah rendah dulu, rasanya tidak.Sebenarnya saya jumpa dia dekat mukabuku, tiba-tiba dia ada juga di INTEC, ambil Perubatan ke Russia. Dunia memang kecil saja!
Melalui dia juga saya jumpa semula kawan-kawan lama saya. Seronoknya! Tapi keseronokan itu berbeza.. Maklumlah, sudah hampir 10 tahun tidak berjumpa, mereka semua sudah banyak berubah, memori saya tentang mereka tentulah memori sepuluh tahun lepas yang mereka sudah lama tinggalkan. Mereka merupakan orang baru yang lain. (Agaknya lah). Kadang-kadang saya terfikir juga, ada baiknya saya berpindah ke Perak dan bersekolah di Kedah yang semuanya kawasan luar bandar. Saya sendiri dapat merasakan perbezaanya, betul! Kalau saya masih di KD atau PJ, entahlah apa dah jadi dengan saya sekarang ni, mungkin lebih dari apa yang saya jangkakan! Tapi saya percaya rakan-rakan saya masih seperti dulu, ceria dan ramah! Dunia memang kecil saja!
Baru-baru ini, seorang rakan yang pernah saya kenali di PLKN KEM GOPENG, juga baru mendaftar di INTEC. Zakwan, katanya dia mengambil Syariah(law). walaupun saya tidak kenal rapat dengan Zakwan, saya tetap seronok bertemu dengan rakan yang pernah mengenali saya Lihat dunia kecil saja! Rakan saya di PLKN juga, Nasree, tanpa saya ketahui bersekolah yang sama dengan rakan saya ketika di KD dulu, Afif dan lain-lain. Kecilnya dunia!
Di bilik saya pula, ada rakan saya dari Kelantan, kampung saya yang dirindui(walaupun bukan tempat lahir saya, tapi ibu bapa saya, saya tetap suka dengan negeri ini kenapa ya?) Firdaus namanya. Tanpa saya sedari, dia bersekolah yang sama dengan sepupu saya. Dunia ini kecil saja…Ketika proses penempatan bilik, kami diletakkan secara rambang. Tapi tak sangka pula berjumpa dengan rakan dari SMKASAS yang berpindah ke KISAS, Faiz Mazlan. Sebilik dengan saya pula! Anuar yang sebilik dengan Firdaus, Faiz dan saya juga bersekolah di KISAS tapi pernah bersekolah yang sama dengan Firdaus ketika di Tingkatan 3,Lihatlah dunia kita kecil saja!
Yang paling saya geram dan..(tak tahu apa istilah yang sesuai) Raja Hazman Arif Bin Raja Dolah yang pernah saya kenali di SBPIKP rupa-rupanya pernah saya kenali sebelum ini. Dia bersekolah dengan saya di SKS7 KD…Kenapalah 2 tahun di SBPIKP kami tak pernah pun tahu tentang hal ini! Hai dunia kita memang kecil saja!



DI SKS7 KD CARILAH SAYA DAN RAJA…




DI SKS6 KD, SAYA DAN RAKAN-RAKAN…