Sepanjang saya menuntut di INTEC, setiap kelas yang saya hadiri pasti mempunyai ciri yang berbeza daripada sebelumnya. Suasananya sentiasa berubah menyebabkan kami seronok untuk datang ke kelas. Ada saja cerita-cerita hangat, jenaka, kisah lucu yang dikongsikan bersama oleh para pensyarah dengan kami. Kadang-kadang lucunya kami ketawa sampai tak kering gusi! Maklumlah, pensyarah di sini semuanya hebat-hebat belaka!
Pensyarah yang mengajar subjek Bahasa Arab Jordan kelas saya ialah Ustaz Muammar Gaddafi yang dijemput khas dari UKM. Ustaz Muammar ini memang hebat dalam penguasaan Bahasa Arab serta berpengalaman menjadi penterjemah yang hebat (mengikut apa yang diceritakan), walaupun beliau sedang menyambung ijazah dalam PhD dalam bidang Pengajian Melayu. Pelik bukan, tapi itulah kenyataannya, katanya "...saya tidak setia pada sesuatu bidang..."Apa pun kelas Bahasa Arab memang seronok
Pada kelas yang lepas, kami telah mempelajari tentang makanan masyarakat Arab. Khususnya masyarakat arab Jordan. Alamak, semua orang ternganga meklihat video minsaf, salah satu masakan tradisi masyrakat Arab. Dengan kepala kambing yang ternganga disumbat dengan na'na'(pudina), kemudian diletakkan ditengah nasi talam, dituang pula susu masam. Kecur liur kami sekelas. Sudahlah kelas waktu tengahari, laparnya!
Belum lagi video nasi maqlubah (sebutan Maglubah) yang sangat kaya dengan rempah ratus, daging kambing yang...(tak tahu nak gambarkan kesedapannya, sebab tak pernah rasa!) Yang istimewanya ialah cara nasi ini dimasak dengan meletakkan daging kambing dibawah dan beras diatasnya kemudian ditabur rempah ratus yang pelbagai. Setelah masak, periuk akan ditelangkupkan keatas pinggan ( sebab itu namanya maqlubah- diterbalikkan dari kedudukan asal) Sedapnya! Tak sabar nak rasa!
Makanan lain termasuk Qatayief, Kinafah, Syawarma(Roti pita), Kebab, Roti arab yang istimewa, Syugaff. Alahai sedapnya!Minuman pula menarik juga. Teh yang dihidang dengan na'na'(pudina), muz bilaban( jus pisang dengan susu) Yang paling istimewa tentulah Kopi Arab, mengikut gambaran ustaz, sekali minum terasa bagai berada di syurga! Kalau kita ziarah rumah arab dan meminta kopi, merekan hanya memberikan sedikit saja sebagai menunjukkan tanda hormat kepada tetamu. Fahamlah kita bahawa kopi arab ini sangat berharga dan mahal!
Habis kelas saja, saya terus balik dan cepat-cepat ke kedai mamak...hehe lapar! Nasi Beriani dan ayam seketul, RM 5.50. Tak apalah, dah lapar sangat kan...Sampai dibilik, saya tambah lagi mayonis. Sedapnya!!
crita sal makanan ea....ahaha
ReplyDeleteانا مليان.....
ReplyDelete