Tuesday, June 8, 2010

Alahai Kecilnya Dunia

Kecilnya dunia….pusinglah ke mana-mana pun, anda akan berjumpa juga dengan orang yang pernah anda kenal. Betul kan?
Alahai, nak bercerita ke tidak? Tak apalah, saya teruskan juga. Sebenarnya tak tahu nak mula di mana ni. Pening!! Tapi memang hakikat yang dunia kita sememangnya kecil sahaja…:D

Sewaktu mula-mula masuk ke SBPI Kubang Pasu, saya tak tahu pun ada orang yang pernah mengenali saya disana. Setelah diberitahu oleh ibu saya, tahulah saya bahawa saya pernah kenal dengan ‘Ainuddin sebelum ini. Itu semua cerita lama, kami dibesarkan bersama ketika masih kecil. Patutlah saya tak pernah ingat pun…Itu bukti dunia kita ini kecil saja.
Bercerita pula di INTEC, tanpa disangka-sangka saya telah bertemu semula dengan rakan lama ketika bersekolah di Kota Damansara dulu. Ernisha , dia dah banyak berubah!(memanglah dekat 10 tahun tak jumpa, takkanlah sama juga!) Alhamdulillah, dia dah pakai tudung pun, ketika sekolah rendah dulu, rasanya tidak.Sebenarnya saya jumpa dia dekat mukabuku, tiba-tiba dia ada juga di INTEC, ambil Perubatan ke Russia. Dunia memang kecil saja!
Melalui dia juga saya jumpa semula kawan-kawan lama saya. Seronoknya! Tapi keseronokan itu berbeza.. Maklumlah, sudah hampir 10 tahun tidak berjumpa, mereka semua sudah banyak berubah, memori saya tentang mereka tentulah memori sepuluh tahun lepas yang mereka sudah lama tinggalkan. Mereka merupakan orang baru yang lain. (Agaknya lah). Kadang-kadang saya terfikir juga, ada baiknya saya berpindah ke Perak dan bersekolah di Kedah yang semuanya kawasan luar bandar. Saya sendiri dapat merasakan perbezaanya, betul! Kalau saya masih di KD atau PJ, entahlah apa dah jadi dengan saya sekarang ni, mungkin lebih dari apa yang saya jangkakan! Tapi saya percaya rakan-rakan saya masih seperti dulu, ceria dan ramah! Dunia memang kecil saja!
Baru-baru ini, seorang rakan yang pernah saya kenali di PLKN KEM GOPENG, juga baru mendaftar di INTEC. Zakwan, katanya dia mengambil Syariah(law). walaupun saya tidak kenal rapat dengan Zakwan, saya tetap seronok bertemu dengan rakan yang pernah mengenali saya Lihat dunia kecil saja! Rakan saya di PLKN juga, Nasree, tanpa saya ketahui bersekolah yang sama dengan rakan saya ketika di KD dulu, Afif dan lain-lain. Kecilnya dunia!
Di bilik saya pula, ada rakan saya dari Kelantan, kampung saya yang dirindui(walaupun bukan tempat lahir saya, tapi ibu bapa saya, saya tetap suka dengan negeri ini kenapa ya?) Firdaus namanya. Tanpa saya sedari, dia bersekolah yang sama dengan sepupu saya. Dunia ini kecil saja…Ketika proses penempatan bilik, kami diletakkan secara rambang. Tapi tak sangka pula berjumpa dengan rakan dari SMKASAS yang berpindah ke KISAS, Faiz Mazlan. Sebilik dengan saya pula! Anuar yang sebilik dengan Firdaus, Faiz dan saya juga bersekolah di KISAS tapi pernah bersekolah yang sama dengan Firdaus ketika di Tingkatan 3,Lihatlah dunia kita kecil saja!
Yang paling saya geram dan..(tak tahu apa istilah yang sesuai) Raja Hazman Arif Bin Raja Dolah yang pernah saya kenali di SBPIKP rupa-rupanya pernah saya kenali sebelum ini. Dia bersekolah dengan saya di SKS7 KD…Kenapalah 2 tahun di SBPIKP kami tak pernah pun tahu tentang hal ini! Hai dunia kita memang kecil saja!



DI SKS7 KD CARILAH SAYA DAN RAJA…




DI SKS6 KD, SAYA DAN RAKAN-RAKAN…


No comments:

Post a Comment