Ramai orang suka mencuba. Sebab itu ada kaitannya dengan cabaran. Hidup ini diselangi cabaran. Cabaran mendewasakan kita. Orang pernah kata tentang itu. Kadang-kadang saya percaya juga. Memang betul, kenapa kena nafikan? Kerana cabaran itu orang bisa melahirkan rasa dan pengalaman. Rasa dan pengalaman yang ingin orang terjemahkan. Menulis. Mudah saja bunyinya, menulis. Siapa yang tak tahu menulis. Zaman ini zaman Teknologi. Masa depan. Jangan toleh belakang.
Dalam penulisan orang ada banyak gaya. Orang ada banyak cara. Orang suka menyampaikan idea. Sebab itu fitrah berkongsi. Orang tidak suka menjadi kedekut tapi orang selalu takut. Sebab orang banyak berfikir sebab dan akibat perkara. Jadi banyak orang akhirnya duduk saja tidak terzahir duduk perkara luahan rasa. Saya rasa ingin menulis kerana saya ingin berkongsi. Sebab dan akibat perkara tak fikir ke? Sebab saya fikir saya menulis. Menulis itu bentuk penzahiran yang saya suka. Tapi tidak selalunya rajin. Akhirnya jadilah laman ini bersawang berkurun lamanya.
Orang ada idea dan cebisan cerita. Orang pun menulis. Orang juga suka gaya. Seperti saya. Gaya tulisan saya kadang berubah. Walaupun nampak macam sama. Gaya tulisan melambangkan emosi. Kalau tenang lain cara tulisnya. Kalau stress lain cara tulisnya. Kalau malas, tulisnya tidak bertatabahasa. Kalau seronok panjang tulisnya. Macam-macam gaya. Sebab itu, jangan tanya kenapa tulisannya dan bahasanya sering berbeza. Kerana itu emosi dan jiwa. Indahnya emosi dan jiwa kalau terdidik. Didik emosi dengan jiwa itu susah dan senang.
Eh, kenapa susah dan senang. Susah kalau banyak halangannya. Banyak alasannya. Banyak malasnya. Banyak bicaranya. Banyak kalamnya. Banyak songelnya. Banyak itu dan ini. Senang kalau rajin dekat pada Dia. Senang kalau banyak usaha. Senang kalau tabah sentiasa. Senang kalau ada ikhlas dan rasa syukur. Lahir tawadhu' yang banyak orang cari. Sebab orang suka fitrah dan kembali pada Nya.
Tok Dalik
No comments:
Post a Comment