Thursday, June 16, 2011

Hadam

Perangai manusia macam-macam. Sesetengah orang mudah menerima. Sedang yang lain sebaliknya. Kadang-kadang kita seronok berbicara, menyampai, menyebar. Kita guna banyak cara. Hakikatnya, kita mencari satu matlamat. Penerimaan. Biar apa pun usul perkara, ilmu hati, ilmu dunia. ilmu sesat hatta hal kebinasaan pun, kita harap orang percaya dan telan usaha kita menyampai.

Tapi, kita hairan. Aneh. Pelik. Tak tahu nak kata. Orang sukar terima sampaian baik kita. Tak perlu cakap sampaian jahat. Orang suka dengar. Mudah meresap. Sebab manusia macam-macam. Banyak ragamnya. Banyak fikirnya. Banyak sangkut-pautnya. Banyak dalihnya. Sebab itu nama kita manusia, Sebab kita susah nak terima. Kadang-kadang mudah terima. Tapi, susah nak percaya. Apatah lagi yakin dengannya.

Ada perkara wajib percaya. Tanpa bukti di depan mata.




Monday, January 10, 2011

Zikirlah!

Musim cuti hampir menjelang tiba! Ramai yang merencana perancangan menjelajah ke serata tempat. Hendaknya usaha kita itu menepati niat dan anjuran deen. Moga tiada yang tersimpang dari jalanNya. Berjalanlah dimuka bumi sebagai usaha mengingati Dia. Sesungguhnya tanda penciptaan dan kebesaran alam ini sudah cukup menjadi petunjuk bagi mereka yang beriman dan berakal.

Teringat kata-kata seseorang. Usaha dakwah tidak semestinya kena melibatkan orang dalam bidang dakwah sahaja. Anda, kita, saya dan semua Muslim menggalas tanggungjawab yang sama. Banyak orang banyak bicaranya. Konon tidak tahu mengungkap hadith dan Kalamnya  buat hujah. Kalamnya dan hadith Rasulnya sebagai panduan. Bukannya alasan untuk menolak kewajipan. Jalan dakwah ini luas. Selagi mengajak ke arah kebaikan dan kesejahteraan deen ini, itulah Dakwah. Dakwah ada banyak uslub untuk sebaran dakyah. Pilih yang mana sesuai. Jangan sampai tersesat silap langkah. 

Orang zaman sekarang, ramai yang mahu kembali. Pangkal jalan katanya. Banyak silap salah beban dosa. Tapi ramai juga yang kian leka. Ramai lagi yang lepas tangan endah tiada. Ada juga yang salah jalan. Akibatnya, buta hati, kelam jiwa. Sebab itu, peranan ini tidak akan habis. Ingatlah, masa kita ini antara hidup dan mati. Antara keduanya itu letaknya peluang amalan. Kerana KalamNya mencatatkan:

Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun). 
                                                                                                                                                                                                   Al Mulk, 67:2

Bersyukurlah padanya kerana kita masih lagi ada. Usia yang semakin panjang bukan masa bersuka. Masanya untuk tambah dekat pada Dia. Bersyukur itu lambang kehambaan. Hamba sentiasa mengharap kasih dan ihsan Tuhan. Adapun kaifiyah syukur itu beberapa perkara. Paling mudah ialah zikir. Zikir menggarap maksud yang mendalam. Zikir sebagai ingat pada Dia. Tak mengira tempat dan masa jua tindakan. Zikir juga sebagai sebut. Sentiasa melazimi kalam yang mana ringan di mulut tapi berat di timbangan. Seperti mana nasyeed di laman ini yang mengungkapkan hadith Sahih Bukhari nombor 673,Vol 8, buku 78:

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah bersabda; Dua kalimah yang disukai Allah. Ringan di mulut tapi berat di Mizan (timbangan). Subhanallahi wa bihamdih (Maha Suci Allah dan Pujian ke atas Nya), Subhanallahil 'Azim( Maha Suci Allah yang Maha Kuasa).

Kalimah yang mudah disebut dan disukai Nya tidak terbatas pada hadith ini sahaja. Kalimah zikir yang mendekatkan diri pada Dia yang tidak menyalahi paksi Deen, boleh terus diamalkan. Zikir juga sebagai renungan. Seperti di awal penulisan. Melihat keindahan alam sebagai zikir dan fikir sehingga mampu menerbitkan kesedaran. Siapa Dia dan siapa kita.

Tok Dalik


                                                                                                 

Tukar-tukar!

Ujian semakin tiba ke penghujung! Tak tahu nak tulis apa. Tapi nak tulis juga.

Saya guna netbook. Kecil. Tak macam notebook. Sistemnya Windows7 starter. Kerana ia starter, nak tukar desktop background pun tak boleh. Baru-baru ini saya baru tahu. Ada software untuk tukar. Akhirnya dapat juga tukar background!

Tok Dalik, yang ini mantap!














Saruman the Colourful- Dark Wizard
Gandalf the White- the Bearer of the Flame of Udun!
The Witch-King of Angmar menunggang Fell Beast!



Dark Lord Sauron-The Eye!
Suka-suka saja. La la la la! Mana yang paling menarik?

Nota kaki kanan: Baca post yang latest! Yang ini tak penting sangat!
Nota kaki kiri: Dah muat turun filem Ngangkung!

Thursday, January 6, 2011

Elves-Bunian-Saya-Anda

 

Semalam baru selesai ujian ilmu hayat. Ada banyak cerita. Tapi tak perlu hebahan. Anda mesti kenal dengan Lord of the Rings. Kalau anda minat filem. Kalau juga anda minat baca novel Inggeris. Kalau juga anda minat Sastera Inggeris. Sebab Sunday Times melaporkan:

"The English-speaking world is divided into those who have read The Hobbit and The Lord of the Rings and those who are going to read them"

Bukan saya yang bicara. Akhbar. Saya sedang baca novel yang sangat hebat ini. Ketiga-tiga filem selesai ditonton. Macam buang masa. Tapi saya suka. Sebab, hobi saya. Ibu saya selalu kata walaupun bunyinya tak sama:

"Along ni benda-benda macam ni minatlah, bunianlah, orang badan kudalah, raksasa, hantu, isy....buatlah benda berfaedah......"

Entah. Sebab suka. Kenalah pandai kawal minat. Jangan sampai melampau dan melalaikan.
 Video diatas ialah sumpah Feanor. Dalam dunia Middle Earth, penulis, J.R.R Tolkien mewujudkan watak Elves yang juga Bunian kalau dalam dunia Melayu.







Ada banyak bahasa dalam Middle Earth. Antaranya Quenya, Sindarin, Dwarvish yang namanya saya tak ingat. Tulisan pun macam-macam. Ada Tengwar, Feanorian dan lain-lain. Banyak. Middle Earth mengambil masa 12 tahun untuk dibangunkan dan akhirnya ditulis oleh Tolkien.

Elves bercakap dalam Sindarin atau Quenya. Video yang kedua ialah Hymn of Eldamar oleh Lady Galadriel. Elf lagi.


Yang ini Lagu untuk Elbereth dan Gilthoniel. Kisah yang menyayat hati dalam sejarah Elves.
Berikut antara bait Quenya untuk video ketiga:

A Elbereth Gilthoniel
silivren penna mìriel
o menel agla elenath!
Na-chaered palan-dìriel
o galadhremmin ennorath,
Fanuilos, le linnathon
nef aear, sì nef aeron!

Bahasa yang paling dahsyat ialah Dark Tounge of Mordor. Bahasa Dark Lord Sauron dan penduduk Mordor. Binding words yang ada pada One Ring merupakan Bahasa Mordor.

'Ash nazg durbatuluk, ash nazg gimbatul, ash nazg thrakatuluk agh burzum-ishi kirimpatul'

Bermaksud:

'One Ring to rule them all. One Ring to find them, One Ring to bring them all and in the Darkness bind them'



Video yang terakhir ialah suara Tolkien sendiri mengungkapkan puisi Namarie. Memang laju, sebab dia yang tulis. Apa pun, saya suka untuk berkongsi.

Tutup lagu di music box. Dengar lamentation Elves. Jangan marah kalau tak suka sebab saya suka!





Tuesday, January 4, 2011

Hujan dan Ujian

Sekarang musim hujan. Juga musim sejuk. Juga musim ujian. Pening kepala.

Tadi waktu Asar hujan turun. Bicara sendiri dengan diri. Nak pergi ke tidak? Jangan ikutkan hati dan rasa. Nanti rugi. Malas nak keluar. Sejuk sangat. Akhirnya, malas tersungkur jauh. Syukur. Dapat peluang berjamaah. Seronok dan suka. Sekarang musim ujian. Peperiksaan akhir penggal pertama.

Baju hujan juga baju sejuk


Orang sibuk. Orang pegang buku. Orang kadang-kadang lupa dan leka. Harapnya tidak jadi begitu. Hari ini sehari sebelum ujian Ilmu Hayat. Banyak mekanisme, proses, dan nama yang kena ingat. Sampai lunyai kitab digenggam.


Kopiah dan kain di leher



Bunga Cengkih jadi gula-gula sambil baca




Tadi, balik dari Masjid singgah di kedai. Beli roti. Makanan ringan-ringan. Murah. Sedap. Tak rugi. Nanti janji nak beli lagi. Sejuk makin rendah suhu. Ujian bertambah lagi. Jangan asyik kantuk mata. Sabarlah!


Muajjanat








Jangan malas!

Tok Dalik

Tulisan, Idea dan Gaya

Ramai orang suka mencuba. Sebab itu ada kaitannya dengan cabaran. Hidup ini diselangi cabaran. Cabaran mendewasakan kita. Orang pernah kata tentang itu. Kadang-kadang saya percaya juga. Memang betul, kenapa kena nafikan? Kerana cabaran itu orang bisa melahirkan rasa dan pengalaman. Rasa dan pengalaman yang ingin orang terjemahkan. Menulis. Mudah saja bunyinya, menulis. Siapa yang tak tahu menulis. Zaman ini zaman Teknologi. Masa depan. Jangan toleh belakang.

Dalam penulisan orang ada banyak gaya. Orang ada banyak cara. Orang suka menyampaikan idea. Sebab itu fitrah berkongsi. Orang tidak suka menjadi kedekut tapi orang selalu takut. Sebab orang banyak berfikir sebab dan akibat perkara. Jadi banyak orang akhirnya duduk saja tidak terzahir duduk perkara luahan rasa. Saya rasa ingin menulis kerana saya ingin berkongsi. Sebab dan akibat perkara tak fikir ke? Sebab saya fikir saya menulis. Menulis itu bentuk penzahiran yang saya suka. Tapi tidak selalunya rajin. Akhirnya jadilah laman ini bersawang berkurun lamanya.

Orang ada idea dan cebisan cerita. Orang pun menulis. Orang juga suka gaya. Seperti saya. Gaya tulisan saya kadang berubah. Walaupun nampak macam sama. Gaya tulisan melambangkan emosi. Kalau tenang lain cara tulisnya. Kalau stress lain cara tulisnya. Kalau malas, tulisnya tidak bertatabahasa. Kalau seronok panjang tulisnya. Macam-macam gaya. Sebab itu, jangan tanya kenapa tulisannya dan bahasanya sering berbeza. Kerana itu emosi dan jiwa. Indahnya emosi dan jiwa kalau terdidik. Didik emosi dengan jiwa itu susah dan senang. 

Eh, kenapa susah dan senang. Susah kalau banyak halangannya. Banyak alasannya. Banyak malasnya. Banyak bicaranya. Banyak kalamnya. Banyak songelnya. Banyak itu dan ini. Senang kalau rajin dekat pada Dia. Senang kalau banyak usaha. Senang kalau tabah sentiasa. Senang kalau ada ikhlas dan rasa syukur. Lahir tawadhu' yang banyak orang cari. Sebab orang suka fitrah dan kembali pada Nya. 



 Tok Dalik





Wednesday, December 15, 2010

Sebermula.....

Lama dah tak menulis di alam maya ini. Sebenarnya ada banyak sangat benda yg nak diceritakan....tapi apakan daya....tak mampu nak dikhabarkan. Kekangan masa, malas nak menulis, sibuk dgn hal2 lain dan yang terkini sejuk yang teramat! Nak menaip pn susah......

Dalam masa lebih kurang tiga bulan saya disini....macam-macam pengalaman menarik yg dapat. Melawat tempat menarik yg best sgt tu....Setakat ni x banyak sgt tempat yg dilawati. Laut Mati, Jerasy dgn Ajloun je  rasanya. Laut Mati mmg x bleh lupa. Wlaupn saya x turut serta menyelam mengapungkan diri.....pedihnya mineral laut mati mmg superb.....Nk buat telur masin confirm jadi la.....Dulu waktu kat sekolah tgk dlm Buku Teks Sejarah aje kesan tinggalan Rom dan yg seumpama dengannya. Tak sangka akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke situ. Walaupn tidak ke Eropah.....nak cerita jajahan Rom tu besar....kat Jordan pn 4-5 tempat kesan2 tinggalan Rom yg masih utuh berdiri........

Semalam sempat berjalan ke Ajloun yg x berapa jauh dari Irbid. Harapannya nak main salji. Alhamdulillah tercapai jua! Seronok juga main salji. Sebelum ni x pernah jumpa kan.......pergi dgn tiket PINTAR sambil melihat kekuasaan Ilahi yg tak wujud di negara kita. Dalam hidup ni, peluang bukannya datang selalu. Orang selalu bercakap " Grab the chance...the opportunity of a life time!" Macam2 la......Sebab tu saya cuba manfaatkan masa yg ada utk melihat sendiri kekuasaanNya......Travel sambil belajar.....bunyinya macam menarik.......lawatan sambil belajar....apa2 je lah......


Semakin banyak kita berjalan, semakin banyak yg kita saksikan, semakin banyak pengalaman dan pengajaran yg kita dapat. Harapnya semakin bertambahlah iman kita kepada yg Esa.......


Post ni mmg sengaja x letak gambar.....Cari la kat mukabuku.....Hehe