Tuesday, August 31, 2010

Jom Nyanyi

Selamat Bersua Kembali....

Sejak hari pertama saya membuka laman ini, lagu yang kedengaran tidak lain tidak bukan My All oleh Mariah Carey. Maklumlah, saya minat juga dengan Mariah Carey. Hehehe...Setelah mengambil kira beberapa komen rakan-rakan yang membuka laman ini, saya telah menambah beberapa lagu lain. Jangan marah ya, banyak lagu lama saja. Lagu-lagu macam ini evergreen, seronok dengar. Saya letakkan lagu tema Niyang Rapik diatas sekali, Syurga Seketika. Nampak berhantu sikit. Hohoho....Kalau rasa nak tukar lagu lain, jenguk-jenguklah singing box disebelah. Have a nice day!

Sunday, August 29, 2010

Cerita Puasa

Puasa di INTEC. Pengalaman baru? Tak adalah sangat. Cuma beza dengan asrama, makanan disediakan. Kali ini kena sediakan sendiri. Beli sendiri maksudnya. Hahaha...

Nasi Lemak yang sedap

Waktu berbuka banyak lah pilihan. Nak berbuka di Masjid, Surau, Restoran atau di bilik masing-masing. Kalau nak berjimat bolehlah berbuka secara berjemaah di surau atau masjid. Berkongsi dengan rakan-rakan sambil berbuka dibawah pohon cemara pun menarik juga. Apa pun saya banyak berbuka di bilik sepanjang penggal sepuluh hari pertama berpuasa. Menu ikut citarasa sendiri. Hari ini berlainan dengan esoknya. 


Pusing bazaar depan INTEC cari lauk. Macam-macam ada walaupun gerai asyik berulang dengan lauk yang sama, tetapi rasanya berbeza. Terpulang pada lidah masing-masing membuat pilihan. Selalunya, saya berbuka dengan nasi berlauk atau nasi lemak. Kadang-kadang kuetiau.. Aksesori lain seperti bubur dan kuih muih bergantung pada keadaan. Kebiasaannya saya jarang membeli kuih kerana kurang menarik dan sedikit cemar. Rasanya pun agak ke’bandar’an. Tak ada selera asli...hmmm....



Meriah sungguh berniaga

Minum? Beli air bungkus atau air kosong. Selalunya saya beli air Bancau atau Kelapa dan Laici. Tapi tak tetap juga. Ambil saja yang mana murah tetapi berkualiti. Makan ala kadar saja. Nanti terlebih susah nak tarawih. Hehe...Ikutlah sunnah nabi. Ramai orang berbicara nak mengikut sunnah nabi tetapi tidak tahu tentang usul perkara. Sekadar berhujah, ini sunnah nabi. Mana mungkin sama pahalanya kalau sekadar berkata mengikut tetapi perlakuannya tidak sama dengan perlakuan junjungan baginda. Tak apalah, sama-samalah kita perbaiki diri. Bulan Ramadhan ini banyak keberkatan. Pandai-pandailah kita membahagikan masa mencari peluang. Peluang tidak datang banyak kali. Sekali terlepas, ia akan berlalu meninggalkan kita.


Sibuk membeli dan berniaga, solat jangan dilupa!

Tarawih disini pun banyak pilihan. Masjid ada dua yang berdekatan. Masjid Hidayah dan Masjid Azhariah. Kalau rasa nak senang, di kolej pun ada juga. Sepanjang di INTEC, saya gemar bertarawih di Masjid Azhariah. Hanya dua kali di Kolej kerana cuaca kurang baik. Alhamdulillah, setakat ini masih mampu lagi bertarawih berjamaah di masjid. Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada kita untuk terus beribadat pada-Nya di bulan mulia ini dan dipanjangkan lagi sampai kita mati nanti hendaknya. Ceritera puasa kita sebenarnya tak banyak beza. Tapi yang membezakannya ialah pengisian kita pada puasa tersebut. Apa yang lebih penting, kita sentiasa mengharapkan perubahan yang mencorak diri kita ke arah kebaikan baik di dunia mahupun khatimah nanti. Peliharalah hubungan dengan manusia tapi jangan sekali-kali melupai Rabbul Jalil pencipta Maha Kaya.

Tunduk hanya pada-Nya

Kata-kata guru saya,
                                                  Ramadhan yang sama,
                                                   Natijah yang berbeza!

Friday, August 27, 2010

Bicara Musim Akhir


Lamanya tak menulis. Sibuk sangat musim-musim akhir agaknya. Apa pun tempoh persediaan dah habis. Apa yang patut ku tulis diruangan ini ya?


Macam-macam perkara yang berlaku dalam tempoh yang sesingkat ini. Tak sangka ramai yang terharu, terkedu, tersedih, terkesima ketika nak berpisah. Kalau tak ada aral melintang, Insya-Allah bertemu lagi kita. Apa pun saya tetap biasa. Entahlah, masalah jiwa mungkin. Tiap-tiap kali habis sesi persekolahan, tak pernah pula saya menangis terharu, tersedih dan apa saja yang sewaktu dengannya. Ketika orang lain berpelukan menitis air mata, saya masih tersenyum dan biasa-biasa saja. Sebak sikit pun tak ada. Blur lebih. Hehe...


Makan-makan bersama MEJ 1 buat kali terakhir di KFC. Tak tahulah nak boikot ke tidak. Walaupun Johor Corp. dah beli syarikat francais KFC, mereka tetap perlu bayar saham penggunaan jenama KFC pada pemilik asal. Kalau McDonald memang terang-terang sokong zionis, KFC pun ada juga secara tak langsung. Pening kepala memikirkan. Begitulah hidup kita ini. Ada saja keputusan yang sukar untuk dicanai menjadi hasil yang begitu sempurna sebagaimana yang kita inginkan. Adanya akal sebagai penyelaras yang menyusun atur. Akal didorong hati yang terdidik dan terasuh dengan pancaran ilmu al-Quran dan sunnah Rasul. Maka, lahirlah insan berwajah Islammiyy yang terasuh dengan minda rabbaniyy untuk membina ummah madaniyy terunggul. Kita patut meyedari tentang keberadaan kita sebagai makhluk yang menggalas tanggungjawab mencorak fitrah dunia. Bukan sekadar bertebaran dimuka bumi mecari kekhusyukan individualistik. Baik dari sudut rohani,jasmani mahupun interaksi antara masyarakat.



Sekadar berceloteh apa yang termampu buat peringatan semua. Insya Allah bertemu kita di Bumi Syam yang dirahmati. 


                     Hari ini menugal jagung,
                                     Hari esok menugal jelai.
                     Hari ini kita berkampung.
                                     Hari esok kita bercerai.