Lamanya tak menulis. Sibuk sangat musim-musim akhir agaknya. Apa pun tempoh persediaan dah habis. Apa yang patut ku tulis diruangan ini ya?
Macam-macam perkara yang berlaku dalam tempoh yang sesingkat ini. Tak sangka ramai yang terharu, terkedu, tersedih, terkesima ketika nak berpisah. Kalau tak ada aral melintang, Insya-Allah bertemu lagi kita. Apa pun saya tetap biasa. Entahlah, masalah jiwa mungkin. Tiap-tiap kali habis sesi persekolahan, tak pernah pula saya menangis terharu, tersedih dan apa saja yang sewaktu dengannya. Ketika orang lain berpelukan menitis air mata, saya masih tersenyum dan biasa-biasa saja. Sebak sikit pun tak ada. Blur lebih. Hehe...
Makan-makan bersama MEJ 1 buat kali terakhir di KFC. Tak tahulah nak boikot ke tidak. Walaupun Johor Corp. dah beli syarikat francais KFC, mereka tetap perlu bayar saham penggunaan jenama KFC pada pemilik asal. Kalau McDonald memang terang-terang sokong zionis, KFC pun ada juga secara tak langsung. Pening kepala memikirkan. Begitulah hidup kita ini. Ada saja keputusan yang sukar untuk dicanai menjadi hasil yang begitu sempurna sebagaimana yang kita inginkan. Adanya akal sebagai penyelaras yang menyusun atur. Akal didorong hati yang terdidik dan terasuh dengan pancaran ilmu al-Quran dan sunnah Rasul. Maka, lahirlah insan berwajah Islammiyy yang terasuh dengan minda rabbaniyy untuk membina ummah madaniyy terunggul. Kita patut meyedari tentang keberadaan kita sebagai makhluk yang menggalas tanggungjawab mencorak fitrah dunia. Bukan sekadar bertebaran dimuka bumi mecari kekhusyukan individualistik. Baik dari sudut rohani,jasmani mahupun interaksi antara masyarakat.
Sekadar berceloteh apa yang termampu buat peringatan semua. Insya Allah bertemu kita di Bumi Syam yang dirahmati.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai.
Hari ini kita berkampung.
Hari esok kita bercerai.
nak nangis~
ReplyDeletebab boikot kfc tu aku rasa, keuntungan yang bagi ke kfc untuk penggunaan nama francais kfc hanya sikit berbanding modal dan untung perniagaan dalam negara yang halal oleh kfc.
ReplyDeleteade bab lain yang lebih baik daripada tindakan memboikot produk kfc ni.
just my 2 cents
ok, terpulang pada masing2...kita yg buat keputusan...:D
ReplyDelete