Thursday, October 28, 2010

Sejukkah kesejukan?

Intabih sekaliannya!!! Musim syita' dah nak masuk. Kalau musim panas ada juga rasa bahangnya. Kalau musim sejuk apa istilahnya? Apa pun ada sedikit informasi berkaitan pertukaran waktu. (Copy paste dari Yahoo Group PERMAI) khas untuk sesiapa yang melawat laman keramat ini......


Assalamualaikum,

Kepada semua ahli PERMAI,

Makluman Pertukaran Waktu Jam Musim Sejuk

Berkenaan perkara di atas, Insya-Allah Jordan akan menukar waktu jam musim sejuk pada hari Jumaat ini, 29hb Oktober 2010.

Oleh itu, tepat jam 12 malam Khamis (28 Oktober 2010), waktu jam perlulah diundurkan semula selama 1 jam, yang akan menyebabkan waktu Jordan 2 jam lebih awal daripada Waktu Median Greenwich (berbanding 3 jam sebelum ini).

Manakala, perbezaan waktu Jordan dengan Malaysia pula akan berubah menjadi lebih lambat 6 jam berbanding 5 jam sebelum ini.

Jadi, diharapkan ahli PERMAI dapat peka dengan pergerakan waktu terutamanya waktu solat dan waktu kelas di universiti.

Untuk rujukan, bolehlah layari pautan di bawah :

1) Rujukan agensi berita Jordan, Petra (versi bahasa Arab).

2) Rujukan agensi berita Jordan, Petra (versi bahasa Inggeris).

3) Info dan fakta tentang pertukaran waktu (Wikipedia).

Terima kasih.






Gambar Hiasan (Tiada kaitan dengan Jordan)








Sejukkah musim sejuk ? (soalan apakah ini???)   Ada kemungkinan ke salji nak turun tahun ini. Sama-samalah kita tunggu nanti......



P/S : Tok  Dalik tak ada baju sejuk lagi!!!! Jangan beku sudah~~

Tuesday, October 26, 2010

Ragam dunia~

Seorang perempuan berusia pertengahan dengan pakaian yang lusuh tidak berbasuh menghulurkan tangan ke arah beberapa orang pelanggan yang sedang makan. Restoran itu nampak lama, tetapi pelanggannya tetap ramai. Tangan kiri wanita itu mengepit beg bimbitnya. Tanpa segan silu wanita itu meminta dihulurkan padanya barang sekeping dua syiling buat penerus hidup. Lama juga dia berdiri meminta. Setelah beberapa minit tidak dilayan, wanita itu beransur ke meja lain. Barangkali rezekinya ada disitu.

Pemandangan ini biasa di sini. Di bumi Jordan ini. Khususnya di kawasan Irbid. Kisah wanita di atas merupakan lakaran-lakaran kisah benar yang berlaku disini. Masyarakat disini rata-ratanya hidup susah. Ramai yang bekerja tetapi masih tidak mampu untuk menampung hidup. Apatah lagi golongan  seperti ini yang hanyut ketika dunia makin berarus deras. Demi meneruskan hidup, mereka terpaksa mengemis meminta merayu memohon simpati golongan lain. Pengemis disini memang tidak akan kaya seperti pengemis Malaysia. Sinis bukan, masyarakat Malaysia terlalu baik sehinggakan dapatan pengemis Malaysia mencecah ribuan ringgit sebulan. Masyarakat disini endah tak endah saja. Mereka pun belum tentu punya wang untuk santapan keluarga esoknya.

Pun begitu, bukan itu soalnya. Soalnya, kenapa situasi  ini mesti berlaku. Banyak persoalan yang mungkin timbul. Dari mana datangnya pengemis-pengemis ini. Berbondong-bondong mengusung bayi comel yang amat menyedihkan lakunya. Ada yang menawarkan barang murahan umpama coklat makanan kanak-kanak, gula-gula getah yang mana tidak ditetapkan harganya. Asal diberi sedekah, ambillah sepuluh biji gula-gula getah pun. Jangan dibiarkan perut anak yang dikendong ini berbunyi lagi, seolah-olah begitu lagaknya. Sayu, memang sayu sekali pandang. Kerap kali melalui jalan-jalan dengan kisah sebegini mengundang ketidaksenangan dan kekeliruan. Yang meminta itu saudara kita.....saudara seagama....mengapa ini terjadi....

Golongan ini punya cara tersendiri dalam meraih simpati. Ada yang mengusung anak-anak kecil yang kurus dengan pakaian koyak dan tidak terurus. Ada yang menunggu saja dilorong-lorong, didepan masjid ada yang meminta-minta di restoran, ada yang menutup muka dengan kain, yang entah apa tujuannya. Seorang kenalan pernah berkata, mereka ini bukannya semua pengemis yang betul-betul susah, Ada yang bekerja dengan sindiket. Mungkin melepaskan diri dari tuntutan hutang dan sebagainya. Cuma andaian. Seorang kenalan lagi memberitahu mereka ini pelarian dari Palestin, negara jiran. Hakikatnya, Jordan membenarkan rakyat Palestin berhijrah ke sini. Namun, hijrah itu sekadar mengaburi pandangan semata, menyelamatkan diri dari mati dbunuh yahudi zionis laknatullah.


Hidup mereka disini merekalah yang menentukan. Ada juga benarnya. Sehelai sepinggang mereka datang, terpaksalah mengemis di negeri orang yang kononnya menyebelahi mereka. Kenapa nilai mata wangnya mahal kalau rakyatnya susah. Nilai mata wang tidak menanti kesenangan rakyatnya. Mahalnya dinar inilah yang secara tidak langsung menyebabkan rakyatnya susah. Kroni kerajaan di peringkat atasan saja yang bakal utung besar melalui pengaliran masuk wang asing. Sedangkan rakyatnya, susah papa kedana. Ragam dunia, kita yang tidak berkuasa mengubahnya hanya mampu memerhati saja.Iktibar dicari buat pedoman menjelang muka. 

Thursday, October 7, 2010

Mengekalkan Kemandirian Hidup

Akhirnya, tiba juga diriku di bumi Jordan yang sering dinanti-nanti....

Sebenarnya dah lama sampai tapi tak sempat nak menulis. Internet sukar didapati dengan percuma melainkan berdaftar dan berbayar seperti di kafe siber. Dah dapat rumah sewa barulah boleh pasang internet. Alhamdulillah, semuanya baik sampai ke hari ini.

Mula-mula sampai di Queen Alia Airport kami dimaklumkan suhu di luar sekitar 18 darjah celcius. Alamak! Dah masuk musim sejuk ke? Berdebar-debar nak menjejakkan kaki ke sini. Keluar saja kapal terbang, angin sejuk menerpa. Okey lah juga. Tak sesejuk yang dibayangkan. Selesai urusan beg, kami disambut barisan senior dan wakil dari PERMAI. Mungkinlah, waktu mula-mula sampai, tak kenal pun siapa-siapa disitu. Nampak muka orang Melayu saja, terus ikut tanpa rasa bersalah....

Kemudian kami dibawa menaiki bas menuju ke Irbid. Perjalanan mengambil masa satu jam lebih. Merentasi kawasan bukit bukau yang menekup gegendang telinga sampai tersiup ke dalam (tersiup??? apakah?). Nampaklah sekitar bumi Jordan yang terhampar butiran pasir dan gunung-gunung. Setibanya disana, saya dan Amru ditempatkan dahulu di rumah senior. Kami berdua menumpag sebentar dirumah Akh Naqiudin dan Akh Rakif. Hampir seminggu juga duduk disana sampailah kami dapat rumah sendiri.

Rumah sewa sekarang ini terletak di lorong hadapan Supermarket Abu Ain. Ahli rumah termasuk saya, Amru, Azwan dan Fahmi. Dengan harga JOD 175 sebulan dapatlah tiga bilik dengan satu bilik air, ruang tamu, dapur dan balkoni. Baru-baru ini baru sampai perabot dengan kelengkapan. Almari, meja, mesin basuh, dapur, peti sejuk, katil, tilam dan bantal. Kipas belum sampai lagi, nasib baik ada kipas siling diruang tamu. Itulah tempat melepak, tempat tidur, tempat main game, tempat study, tempat makan, tempat sterika baju ,dan tempat macam-macam lagilah.... Banyak juga guna duit ketika mula-mula sampai. Macam-macam nak kena beli. Hai, serabut~~Pasang internet pun berapa ratus dah...


Makan? Makan aje makanan yang ada. Bukannya tak boleh makan makanan masyarakat Arab, cuma bila dah lama, rasa teringin pulak nak makan makanan Malaysia. Cubalah masak sikit-sikit dengan rice cooker sementara dapur belum ada. Masak sup dah try, masak kurma ayam dah try, dua-dua boleh  tahan walaupun tak sesedap dan seasli masakan di Malaysia. Tom yam pula tak jadi. Kuang3x....Dalam kelas, lecturer akan bagi kuliah dalam dua bahasa. Setakat ini semuanya okey, walaupun kadang2 tak faham apalah geng2 arab ni melawak dengan Doktor yang mengajar....


Pergi JUST biasanya naik coaster dari Syari' Jamiah sampai ke Mujamma' Syeikh Khalil. Bayaran dalam lingkungan JOD 0.15-0.25. Bergantung pada coaster yang dinaiki. Kadang2 mahal, kdg2 murah. Dari situ naik lagi satu coaster ke JUST dengan bayaran tetap JOD 0.35. Sampailah ke JUST dalam 40 minit dari Syari' Jamiah. Hari2 macam ni lah caranya nak ke JUST. Tak kiralah kelas pukul berapa pun~~. Balik biasanya naik coaster ke Amman Jadid atau Syeikh Khalil tapi berhenti di Safeway berdekatan Arabella Mall , kemudian berjalan kaki merentasi Universiti Yarmouk sehingga keluar semula di Syari' Jamiah. Kos balik sekitar JOD 0.35 kalau tak naik teksi atau servis.


Rakan Arab masih lagi tak ramai. Cuma beberapa orang yang sempat dikenali ketika di masjid JUST atau sementara kelas bermula. Antaranya termasuklah Mu'az Bin 'Azmi. Umurnya 17 tahun, antara pelajar muda di JUST yang kebanyakan pelajar Arab tahun satunya berusia 18 tahun, tapi berwajah 25 tahun.....Tinggal di Zarqa', kira-kira dua jam perjalanan dari JUST. Bapanya berasal dari Palestin berpindah ke Jordan ketika peristiwa Naqsah 1968 kot...Kenapa cerita pasal profile dia ni?? Ok...merepek aje... anyway, dia ambik medic dan boleh kata agak rajin dan pandai. Masalahnya cuma, dia kurang baik dalam bahasa Inggeris dan kena translate teks study ke dalam Bahasa  Arab untuk mudah faham.


Memang lain dengan student Malaysia yang pening dalam lecture sebab lecturer cakap laju plus campur Arab dan English = Aranglish....At least, boleh study teks walaupun kantoi dalam kelas~~~Begitulah kalau nak mengekalkan kemandirian hidup di sini. Kena pandai2 adapt dengan keadaan....